LATAR BELAKANG CALON :
Nama: Nuraini Binti Samad
Umur: 11 Tahun
Pekerjaan : Pelajar
Pendidikan : Sekolah Kebangsaan St Edward belimbing
Latar belakang
Adik Nuraini Binti Samad atau lebih dikenali sebagai Nani merupakan pelajar Tahun 5 di SK Saint Edward Belimbing, Padawan. Beliau berasal dari Kampung Darul Islam Belimbing.
Setiap hujung minggu dancuti sekolah beliau menghabiskan masa untuk mengikuti Latihan ICT di PEDi dan terlibat dengan pelbagai aktiviti yang di anjurkan di PEDi KgDarul Islam Belimbing pada hujung minggu mahupun pada musim cuti sekolah. Beliau merupakan salah satu peserta atau ahli PEDi yang sangat aktif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PEDi, adik Nani tidak mengetahui tentang cara- cara menggunakan komputer dan kurang kesedaran akan kepentingan dan fungsi Microsoft Office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat. Hal ini ditambah lagi dengan kurangnya pendedahan berkaitan komputer sama ada disekolah mahupun di rumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi dan menghadiri kelas ICT yang diadakan, adik Nani kini boleh menggunakan internet dan Microsoft Office lebih mahir. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk melayari aplikasi permainan pendidikan seperti ABCya, Kuizonline dan juga Youtube. Kekerapan adik Nani menyertai kelas ICT menjadikan dia kinimahirmenaip,melayari internet dan sebagainya.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari Ms.Officeword, canva, dan edit gambar menggunakan aplikasi.
- Kuiz online.
- Mempelajari cara mencipta kad ucapan,poster dan Video.
- Cara yang betul dalam mencari maklumat menggunakan google.
- Mempelajari etika dan tangunggjawab sebagai pengguna di internet.
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- Membimbing dan memberikan latihan asas komputer.
- Memberi cenderahati sebagai galakan untuk meningkatkan semangat mereka terus belajar dan tidak berasa jemu dalam menimba ilmu.
- Mengadakan pertandingan untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT peserta.
- Sentiasa memantau tahap ICT ahli PEDi.